Kisah mendaki gunung kinabalu ini bermula pad 2 April 2017 apabila Kelab Unggul Beserah memberi peluang kepada saya untuk menggantikan peserta pendaki yang ada masalah di saat-saat akhir. Serba salah samada nak pergi atau tak nak. Saya rasa nak pergi sebab pemandangan kinabalu yang cantik, tapi serba salah nak meninggal anak-anak kerana trip ini 5 hari. lama tu nak tinggalkan rumah. Saya cuba buat kajian sikit tentang pendakian kerana saya tidak pernah mendaki gunung. Tarikan gunung kinabalu tak boleh tahan. saya terbayangkan batu-batu dan langit biru. Suami saya yang awesome tu, menggalakkan saya pergi. Dia sponsor semua sebagai hadiah hari jadi saya pada 21 April yang lalu. Akhirnya saya membuat keputusan menyertai program trip ke gunung kinabalu.
Saya teruja nak ke gunung kinabalu ni kerana trek ke laban rata banyak kemudahan dan faktor-faktor keselamatan sangat dititik beratkan. Saya memang dah selalu exercise. Saya up sikit latihan ke gunung kinabalu dari 3 kali seminggu ke pada 5 kali seminggu. Aerobic, jogging, hiking bukit panorama, hiking bukit pelindung dan exercise di mini gym di rumah sendiri. Kadang-kadang datang semput jugak mungkin stress kut. orang lain dah training berbulan-bulan saya baru nak mula. Coach pulak ambil personal coach je, suami sendiri. Setia menemani di mana jua. Masuk minggu ke tiga saya hanya buat light exercise jalan kaki dan jogging sahaja. Saya nak rileks layan anak-anak dan nak tukar mind setting supaya lebih santai. Saya juga tak follow rakan-rakan exercise sebab saya bimbang mental saya akan hilang focus. Nanti saya stress.
Kena buat persediaan mental.Saya buat dua perkara yang pertama solat hajat. Antara doa saya mohon Allah menghantar seseorang bantu diwaktu kesusahan kerana suami saya tak ikut sama. Saya bukanlah orang hebat.
Yang kedua senarai barang keperluan sediakan awal-awal.Nanti last minit takut ada yang tertinggal. Senarai barang saya ambik dari blogger. saya ambik yang paling minimum dan tak keluar banyak belanja. Beg saya sediakan dua.
i. Beg nak guna di laban rata
Kasut hiking, baju sejuk 2 helai, t shirt lengan panjang 2 helai, sarung tangan 2 helai, tuala kecik nak mandi, simple toiletries, track suite 2 helai, stokin 2 helai, topi, head lamp, air 1.5 liter ( 1liter 100+, 500 ml air minera), sedikit energy bar, pakaian dalam jangan lupa ( he he he)
ii. beg pack
sedikit energy bar, 1.5 liter air ( 1 liter 100+, 500 ml air mineral), sehelai t shirt (kut sejuk sarung je).
Saya menaiki flight dari kuantan pad 29hb april 2017. Pada jam 6.15 am. Kawan-kawan yang lain dah bertolak awal menaiki bas hari sebelumnya. Saya follow saja seorang rakan saya, saya panggil abang long sebagai penguat semangat. selalunya trip En somi yang uruskan saya follow aje. kali ni saya sorang better ikut abang long sahaja. Lebih selamat. Bermulalah perkenalan saya dengan rakan-rakan abang long. Ada sebahagiannya saya belum kenal. Pada 30hb April 2017, kami jalan-jalan ke Ranau naik jambatan gantung, kolam air panas dan air terjun. Kebanyakan tempat di ranau saya dah pergi. Jadi saya dah tak teruja. Lepas tu ke dairy farm. Ada 4 orang kawan saya hanya follow trip kundasang dan ranau sahaja. Ju, ida, nurul dan shida. Layan diorang di kundasang dan ranau. Spa ikan, air terjun saya tengok sahaja tak masuk, saya tak mahu angkat seluar ke paras betis nanti orang nampak betis saya. Saya dah nak transform baru je balik umrah. Saya pun risau kut ada yang ambik gambar time duduk dalam air tu sebab masa suami saya bawa dia bawa saya jauh dari orang nampak. gambar-gambar nampak aurat dia takkan ambik. Ini sebabnya saya tengok aje. Tapi saya tak kisah u all nak buat apa. Masing-masing dah dewasa.
1 Mei 2017
Bermulalah pengembaraan saya ke Gunung Kinabalu. Kami ke Timpohon dan berkumpul di Kinabalu Park. . Terasa rugi pulak tak bermalam di Timpohon. Waktu sampai sini sudah sangat rushing dan tak sempat nak nikmati suasana. Harap-harap boleh kembali ke Timpohon suatu hari nanti.
Selepas mendaftar di Kinabalu Park. Ambil name tag. Name tag kena gantung kat leher ada maklumat kita kat situ. kalau ada masalah mungkin renjer dan guide akan kenalpasti kita melalui tag nama. Saya dah tengok kawan-kawan saya dah gelisah. Saya tak pasti apa yang mereka risaukan sangat. Tapi bila diorang nervous effect jugaklah kat saya. Actually saya tak fikirkan sangat tentang pengembaraan saya. Semua saya dah serah kepada Allah. Saya nak enjoy dengan Puan Kang dan sesiapa sahaja yang akan bersama saya. Saya tak fikirkan pukul berapa saya mesti sampai dan apa yang bakal berlaku saya akan redah sahaja baik atau buruk.
Masa ni semua orang tengah bersemangat
Saya upload gambar ni khas untuk kak su
Saya pun mulalah berjalan bersama rakan-rakan yang lain melalui trek yang disediakan. Ada beberapa guide yang follow dan ada tugas masing-masing. Masing-masing berjalan sangat laju saya memang dah agak terbelakang. Saya awal-awal dah semput. senaman harian saya kalau semput gini maknanya saya dah salah cara. Saya ambik masa berehat. Puan Kang bagi 100+, En Nordin bagi saya ORS ( seronok manja ngan puan Kang) ada seorang guide dah mula menunggu saya. Lepas dah ok saya jalan semula. kali ni lebih baik sebab stamina saya dah ready. Sambil jalan sembang dan gelak-gelak. Memang tak kisah dah orang nak tinggal atau tidak. Group ngan saya Mel (lutut memang dah cedera), Puan kang (Cikgu aerobic stamina memang power), Datin Malar( dia jalan memang sangat perlahan tapi bersemangat waja). kalau dalam gambar pun merekalah yang banyak dengan saya. kami ada 2 guide bersama kami. Untung boleh sembang-sembang ngan guide. kadang-kadang kami usik guide. Satu kata-kata guide saya tak lupa " Hari ni kamu boleh senyum, besok belum tentu". Alamak.....
Dalam gambar nampak enjoy. Kami pandai sorok kepenatan
kena tarok satu gambar datin malar.
Saya suka je jalan kat hutan ni sebab sejuk. Kadang-Kadang Puan Kang suruh berhenti sebab penat. Saya dah terbalik gelakkan Puan kang pula. Awal2 saya yang semput. Di perjalanan terjumpa abang long berjalan seorang. Apa dah jadi ngan abang long. Rupanya kakinya sakit. nampak muka abang long macam menahan kesakitan. Tak pa abang long janji kita sampai laban rata. kita minum milo panas kat sana nanti. Kali ni group kami dah bertambah sorang lagi iaitu abang long. kami terus berjalan. Ambil gambar at least dalam group kami ada gak kumbang super hero abang long selalu bagi semangat suruh saya mendaki. Kali ni saya betul-betul sahut cabaran. Sampai di satu pondok kami lunch. Saya habiskan semua lunch. sebab saya nak ringankan beg saya. Pergerakan abang long sudah semakin perlahan. saya suruh duduk sahajalah. Kami tunggu tapi abang long minta saya jalan je. kalau tunggu dia nanti lambat. kata-kata kasih sayang tu. Selalu abang long payung orang. Kami Sembang-sembang sambil tunggu guide. Bila guide sampai kami jalan dan abang long jalan ngan guide. Kali ni saya usik guide suruh jalan slow-slow saya nak jalan dulu. Guide ketawa( ha ha ha) Perjalanan diteruskan tinggal 3 orang je. saya puan kang dan mel. Cayalah mel tetap berjalan walau lutut sakit. Dekat-dekat pukul 4 ptg saya dah nampak satu bangunan macam hotel mungkin laban rata. saya rasa mungkin saya dah nak sampai. Rupanya bangunan tu under maintenance. tertipu den. ala demotivated lah gini. Bila nak sampai ni.
Jalan lagi, jalan dan jalan. terjumpa Puan Tannam seorang diri. dia cakap dia pening kepala. Penat agaknya tu. Saya pun sudah sangat penat. Mind setting saya mahu habiskan sahaja. kalau dah mind setting macam ni memang tak boleh lama-lama. Nanti saya pancit. Saya berharap abang long akan menemani puan tannam sebab dia di belakang saya. Akhirnya sampai ke laban rata lebih kurang jam 4.15 pm. Saya tengok jam di telefon rasanya betul. Lepak situ ambil gambar. Terasa sangat nyaman. Rasa nak baring je. Kalau masuk bangunan tu mesti ramai orang dan kalut pulak kat bilik.
Ni sayalah Norhadis
Lepas tu masuk bangunan kat laban rata. Apa lagi cari milo. Minuman kegemaran saya tu. Segelas rm14. Belasah jelah. Janji dapat terapi. En somi memang dah faham dah saya suka milo. Dia bekalkan milo 3 in 1. Tapi memang penat, dah tak boleh nak fikir saya beli 1 gelas. Fuhh... lega dapat minum milo. Takkan ku lupa Milo di laban rata. Segelas rm14. Siap dinner saya masuk bilik. Sebenarnya Dorm di laban rata unisex. Kalau saya kena campur ngan lelaki saya tak tidurlah. Puan kang disuruh duduk dengan lelaki. ha ha ha. dia cakap dia takut kena rogol. Dalam tu dr adi pun ada .he he he. Duduk ngan saya jelah. berhimpit pun berhimpitlah. susah nak solat sini. sempitnya tempat. Saya bersolat berlapikkan wind breaker.Di hujung kepala saya ada orang letak kasut. Semoga allah menerima solatku. Ampunkanlah aku Ya Allah. Sebenarnya saya nak sembahyang kat luar bilik tapi risau pula orang yang memandang. jadi itu sahaja aku termampu buat.
Beg saya sampai lambat. So saya lambatlah mandi. saya mandi pada jam 7.00 malam. sejuknya air. macam air batu. Saya mandi juga. Lepas mandi lega. Lepas solat maghrib dan Isya saya kemas barang-barang untuk esok. Pass tu baring. Tak boleh tido pun. dengar orang berdengkur. Alamak, layan jelah bunyi dengkuran. nak buat macamana. Akhirnya bukak selimut. bukak sweater baru boleh tido, Panas sebenarnya.
02 Mei 2017
Malim Gunung
Jam 1 pagi bangun tido dan siap-siap. Bila orang lain kalut saya pun jadi kalut. Entah apa yang saya nak kalutkan saya pun tak tahu. he he he. Saya gih makan kat cafe. Lepastu berkumpul kat luar cafe dan strecthing. Bermulalah perjalanan ke summit attack. Entah kenapa perasaan saya, saya dapat rasakan saya akan ketinggalan. Bab gelap ni memang agak takut. Kalau jatuh susah. sampai kat satu tempat saya semput tak pasti berapa lama saya jalan. Saya bukan boleh laju-laju gini. Puan kang panggil saya. Saya tahu dia risau kat saya. Ada satu guide marah puan kang panggil saya. Kesian Puan Kang. Saya minta Puan kang jalan je. Saya nak jalan dengan guide. sebelum datang ke kota kinabalu saya selalu cakap nanti saya jalan ngan guide u all tinggal saya. rupanya masin mulut saya.
Saya memang jauh kat belakang. Saya follow langkah guide. Dia memang sangat pengalaman. Langkah slow and steady. beberapa minit bersama guide saya rasa lega. Saya tanya dia samada saya boleh sampai puncak atau tidak. Guide cakap masih awal lagi. Saya tak boleh follow kawan-kawan saya sebab stamina saya tak sama. Saya tak fikir apa dah. Terus berjalan. Tak ada apa yang perlu saya risaukan. Sampai di sayat-sayat jam 4.30 am. Guide tunjuk toilet tapi saya bagitau saya tak nak pergi toilet. Guide suruh saya berehat 5 minit. Saya makan coklat dan sembur ubat cramp. Sebenarnya tak cramp pun entah apa-apalah saya ni. yelah berat bawak barang-barang. Kalau boleh sembur sampai habis. Biar ringan. He he he. Saya cakap dekat guide saya nak solat subuh dia bawa saya kat tempat rata. Seronoknya menimpati keindahan malam. Memang nikmat. Bintang di langit saujana mata memandang. Saya ambil air wuduk guna air mineral. Baju-baju yang tebal tu saya buka. sejuk. tapi best. he he he. saya tahu guide risau tengok saya. Saya pun ada rasa goyang-goyang. Lama jugak saya berhenti. Banyak sangat baju bukak dan pasang balik. Dalam doa saya satu saja. jika saya patut sampai, Allah sampaikanlah saya, jika tidak saya redha. Saya terus berjalan. Saya sembang ngan guide. dia beritahu saya hari saya nak ke summit attack tu birthday dia. Kesiannya. Kena celebrate ngan saya kat summit attack. Perjalanan saya bermula dari sayat-sayat ke summit attack sangat enjoy. Tak rugi saya di belakang banyak tip dapat dari guide. Saya seperti recharge dan tidak fikir pun samada akan sampai atau tidak.
Gerun tak trek dia
Saya terbayangkan para syuhada mengembang syiar islam jauh lebih sukar. Saya cuma nak ke summit attack. Tak ada tentera tak ada pistol dan tak ada peluru berpandu. Saya cuma perlu lawan sejuk dan angin. Saya terus berjalan dan mula nampak orang saya fikir dah syuruk sebab agak cerah. Saya potong seorang perempuan. Eh! rupanya satu group. Nama dia keen. Nampak memang sangat letih dan penuh mengharap. Saya terus jalan. Terjumpa cikgu zumba ain , Dia cakap kena slow-slow. Jangan laju-laju. Wajahnya juga seperti sudah hilang separuh nyawa. Saya jumpa Yoges dia tanya saya samada saya goyang-goyang atau tidak. Saya jawab saya ok. Sebenarnya berbual dengan guide satu terapi. elok juga sembang-sembang sikit sambil ke summit attack.
Saya tak tahu tenaga apa yang saya ada saya terus berjalan. Guide pun dah di belakang saya. Sampai ke summit saya berhenti rehat. Guide ada pesan tempat tu tak boleh naik ramai-ramai. Jadi saya ambil nafas dan rehat. Puan kang terkejut tengok saya dan jerit panggil nama saya. Dia ingat saya dah give up. Saya tak pernah give up puan kang. Saya akan stop jika ada masalah kesihatan dan keselamatan.
Saya tunggu guide sampai baru saya ke puncak. sebab saya ada sesuatu nak bagi dia. Saya nampak dr zuraidah berjalan ke arah saya. Baru juga sampai. Dia tanya saya dah naik ke summit ke belum. Saya jawab saya belum naik saya nak rehat dulu. Saya nak nikmati dengan tenang semua batu-batu dan udara gunung kinabalu. Saya tunggu Guide sampai baru saya naik. Saya memang fobia dengan batu bertingkat-tingkat memang takut tergelincir. dia pandu saya sampai atas.Waktu naik saya terasa seperti mendaki bukit di jabal rahmah. Bezanya disana panas di sini sejuk. batu di sana tergantung batu di sini melekat. Selepas ke puncak ambil gambar saya turun semula terus sujud syukur.
Alhamdulillah. Memang waktu ini saya menangis. Kerdilnya saya. Saya tidak mungkin sampai sini tanpa izinNya. Seperti doa saya. Allah menghantar insan yang hebat membantu saya. Puan kang tempat berhibur dan guide yang menjadikan pengembaraan saya sangat luar biasa. Perjalanan ke summit attack berganda lebih susah berbanding menuju ke kaabah. Begitu bersusah payah saya ke summit sanggup atau tidak saya buat begini untuk allah. Ya allah ampunilah daku. Selalu lalai. Semoga saya jadi insan yang lebih baik. Saya juga terkenang abg long yang cedera kaki. Kami janji nak ke summit sama-sama satu pace tapi akhirnya saya berseorangan. Agaknya abg long mesti sedih.
Banyak lagi perkara yang saya nak tulis tapi saya rasa cukuplah. Nanti ada yang menangis. Jika ditanya adakah saya akan kembali. Insyaallah jika bersama suami dan dapat guide yang sama. Saya nak bermalam di timpohon dan berada di laban rata 2 malam. Alangkah bagusnya waktu ke summit attack boleh sembang-sembang sebab ianya bukanlah pengembaraan yang sunyi. Kalau boleh nak guide tu servis dari turun airport sehingga kembali ke airport. Jasa mu dikenang. Memang wajar dipanggil malim gunung.
Saya tak mampu nak upload gambar semua orang. Saya upload sikit-sikit sahaja mana yang banyak bersama saya. Saya mohon maaf jika ada tersilap dan salah sepanjang bersama saya, sesungguhnya saya banyak kekurangan. Terima kasih Dr Zuraidah bagi saya peluang. Terima kasih malim gunung yang begitu mengambil berat pada semua orang. Saya tak sempat nak kenal semua malim yang ikut kita. Kenangan ini akan di kenang seumur hidup. Terima kasih Puan Kang memang patut anda digelar sifu. Puan Kang sentiasa payung dengan Kasih sayang. Kenangan dengan Puan Kang dan Malim gunung sangat mahal. Terima kasih juga kepada En KZ Phg menghadiahkan pengembaraan yang luar biasa. I LOVE U.