Sunday 15 May 2016

Trip ke New Zealand

Saya menulis perjalanan saya ke New Zealand ini atas permintaan sahabat-sahabat saya yang mahu saya kongsikan pengalaman saya ke New Zealand. Suami saya ada seminar selama 4 hari di New Zealand dan dia meminta saya menemaninya bersama. Dia juga mencadangkan agar saya membawa seorang anak. Mula-mula saya rasa sangat teruja tapi selepas itu perasaan bercampur baur samada nak pergi atau tak nak sebabnya saya rasa risau tinggalkan anak kecil saya. Kalau bawa pun bimbang juga sebabnya cuaca sejuk dan saya risau anak saya jatuh sakit. Jadi saya ambik keputusan tinggalkan aje diMalaysia. Serba salah. Tapi disebabkan tarikan New Zealand yang sangat kuat. Saya kuatkan semangat.

Suami saya  telah mendapatkan maklumat sebanyak mungkin daripada sahabat-sahabatnya yang pernah ke sana serta usaha sendiri tentang geografi New Zealand daripada internet dan penulisan daripada blogger yang sedia ada. Oleh kerana suami saya adalah seorang  Jurukur Tanah Bertauliah, maka beliau mempunyai kelebihan untuk mendapatkan maklumat geografi serta kedudukan kawasan yang hendak dilawati. Ianya tidak menjadi masalah besar baginya untuk memahami topografi New Zealand.

Paling penting, sediakan jadual perjalanan dari awal sehingga akhir. Ada tarikh, aktiviti, no.rujukan, lokasi dan kos. Kena siapkan sebelum travel. Baru perfect…dan  tak buang masa serta terpinga-pinga sewaktu di sana. Sampai kat New Zealand kita hanya perlu ikut jadual perjalanan yang dirancang….juga kena ambil tahu waktu solat untuk setiap kawasan yg kita duduki. Maklumlah waktu siang di New Zealand ketika kami pergi adalah pendek. Waktu maghrib masuk sekitar jam 5.30 pm. So…kita boleh rancang untuk solat jamak…. InsyaAllah semua berjalan lancar.











Berikut adalah jadual perjalanan yang telah kami susunkan beserta kos sekali



Day 1

Kami telah memulakan perjalanan/penerbangan pertama kami dari rumah (6.00pm) ke Kuantan Airport (7.45pm) ke KLIA dengan menaiki flight MAS. Kemudian dari KLIA (9.45pm) menaiki direct flight ke Auckland. Kos agak mahal sedikit, tetapi tidak perlu transit, perjalanan hanya mengambil masa sekitar 12 jam sahaja berbanding 20 jam sekiranya transit di Australia.

Day 2





Tiba di Auckland sekitar jam 1.00 pm. (Tip, seelok2nya tiba di negara asing….biarlah pd waktu siang). Perlu diingat bahawa peraturan NZ agak ketat. Jika kita membawa sebarang makanan. Wajib kena declare barang makanan yang dibawa coz akan melalui Bio-security check. Di samping itu, anjing2 pengesannya akan sentiasa berkeliaran menghidu bagasi kita. So, sebelum kantoi…baik declare dahulu, apa yang hendak dibawa…& apa yg dilarang. Setiap makanan yg dibawa mesti dipacking & ada tertulis isi kandunganya. Kalau tidak…terbang NZD400…hehe…

Nasib kami tak begitu baik. Penerbangan kami dari Kuantan ke Kuala Lumpur ditunda selama 40 minit(Delay). Disebabkan perkara ini bagasi kami tidak bersama-sama kami didalam peneerbangan Kuala Lumpur Ke Auckland. Sekiranya berlaku perkara begini. Jangan panic.buat report di bahagian ‘lost counter’. Berikan semua figure yang berkaitan. Kami diberi ganti rugi NZD270 (RM600)….hehehe, boleh beli brg2 keperluan utk 1 mlm…baru habis NZD130. Masih ada untung. Nasib baik kami ada letak pakaian extra dalam beg pack …Subuhnya jam 5am, diaorg hantar bagasi kami terus sampai kat depan pintu bilik hotel kami…awesome..

Semasa tiba di Auckland Airport, kami sewa kereta SUV (Toyota Rav4). Husband prefer kereta yg tinggi sikit…coz dah biasa. Anyway nak sewa jenis kereta ni…depend on your bajetlah. Boleh je nak sewa kereta jenis apapun. Kami sewa guna egen Budgets Car Rentals utk 4 hari termasuk insurans, gps dan lain-lain…habis gak dlm NZD590. Then, kena booking online dlm internet. Jgn bimbang, mostly agents transportation, hotel & tourist di New Zealand boleh dipercayai….so standby credit card aje…& print hardcopy awal2 sebelum sampai NZ. Then pergi kat counter car rental, bagi jelah kertas confirmation yg kita print tu.


Kami tidur di Auckland satu malam.  

Day 3

MOUNT EDEN

Pagi-pagi drive naik ke Mount Eden (kawah gunung berapi lama). Kat sini boleh nampak view bandaraya Auckland, Tower, Stadium Eden dan Jambatan Auckland ke bahagian utara Auckland. Untuk para surveyor, ada monuments untuk surveyor at top of the hill. Habis visit, then turun cepat-cepat….terus drive ke Matamata.














NEW HOBBITON MOVIE SET



Kena drive arround 2hrs. Follow je GPS yang disewa dengan kereta tu. Target ke lokasi Lord of the Rings (Hobbitton Movie Set). Tiket dah booking online masa kat Malaysia lagi. (Adult NZD79/head & child NZD39.5/head). Memang menarik kat dalam kawasan ni. Gambar yg kita ambik…..amazing….try lah.






Habis 3 jam kat situ…continue drive ke Rotorua (drive lebih kurang satu setengah jam). Dah booking hotel kat situ untuk 2 malam. Sampai hotel lebih kurang 5.00 pm. Check-in hotel, terus solat jamak asar + zohor coz Maghrib masuk 5.30 pm. Habis solat, baru keluar cari makan. Dah search…kat mana letaknya restoran halal. So, tak yah pening-pening nak tercari-cari. Setiap kawasan yang kami pergi, Alhamdulillah…kami dah kenal pasti restoran halal dan pasar yang jual daging atau ayam halal. Kalau kawasan tu susah nak jumpa makanan halal…standby makanan dlm tin or maggi awal-awal. Sebab tu my hubby  awal2 masa kat Msia stand by satu beg makanan untu di masak….Alhamdulillah.


Day 4

kami pergi ke Wai O Tapu. Kat sini adalah kawasan volcano…tiket boleh beli on the spot kat kaunter. Jarak dari hotel kami lebih kurang 30 km. So, kalau nak tengok Lady Knox Geiser…kena sampai situ sebelum jam 10am. Lady knox adalah air panas yg terpancut dari dlm tanah….mcm lava gunung berapilah. Kat sini, kami terjumpa 5 org Malaysia. Perempuan semuanya. Salah seorgnya adalah blogger. Pun sama….diaorg pun travel…






LAKE OF ROTORUA




Then, kami pusing2 kat dlm kaw volcano tadi…tgk air menggeledak, lumpur, sulfur dan mcm2 lagilah. Pusing2 kat kawasan ni habis lkurang satu setengah jam juga. Tamat…patah balik ke Rotorua, pergi kat tepi Tasik Rotorua….lepak-lepak, tengok black swan yg jinak2…then balik hotel.



Day 5

9.00am Check-out hotel Rotorua. Hari ni kena drive utk jarak paling jauh. Drive ke Wellington lkurang 6jam (460km). Long distance ni… bawa kereta jangan lebih 100km …Singgah di Taupo Lake after 2.5hrs drive….rehat jap, ambik gambar dll. Continue drive…singgah rest area tepi highway. Makan bekalan yg dibawa, …bentang sejadah atas rumput….& solat. Air sembahyang….pakai air mineral.



Alhamdulillah….kami selamat sampai di Wellington (Ibu negeri NZ) lebih kurang jam 5pm. Kat sini jalanraya agak berserabut sikit berbanding bandar2 lain. Maklumlah, ibunegara kan. So, kami just follow GPS….& Alhamdulillah,selamat tiba di perkarangan hotel kami. Hotel kami betul2 kat city center. Jarak dgn Cuba Street hanyalah 700m. Walking distance area. Kat situ ada mcm2…





Day 6

Pagi-pagi check-out hotel. Kami drive ke Victoria Mount…boleh nampak Bandar Raya Wellington 360 darjah. Cantik…then turun terus pergi ke parkarangan Museum Te papa Tongarewa. Sebelah jetty kapal layar. Angin kat situ kuat…nasib baik anak saya tak terbang…Minum2, lepak2, then terus ke Wellington Airport. Kena drop off kereta sewa kat situ. Kami naik flight utk ke Christchurch. Naik New Zealand Air….dah booking masa kat Msia lagi. Kos untuk 3 org NZD324.
Flight lkurang 1jam aje…then tiba di Christchurch jam 2.30pm. Kat sini kami dah booking kereta sewa juga. Guna agent EZI Car Rental. Ambil kereta SUV Hyundai. Kereta ni heavy sikit compare RAV4 masa kat North Island. But mmg pun pili hug mcm ni coz nak drive kat kaw gunung…Mount Cook & Milford Sound. Kos kereta NZD620 untuk 6 hari. Kami drop off kat
Airport Queenstown. Then, pick-up kereta… terus drive ke Masjid Al-Noor. Sebelah Hagley Park…solat jamak dulu. Then, sembang dgn jemaah situ, collect info sikit.…confirm Nando’s kat Jalan Ricarrton boleh makan….halal. Dekat aje dgn masjid & hotel kami.

Makan kenyang2…then pi shopping…beli daging kambing, ayam dll utk dimasak kat hotel. (Tip, kami pilih semua hotel yg ada kitchen…boleh masak). Hari2, makan kebab….muaklah…








Day 7

My hubby ke Horncastle Arena…ada International Surveyor
Congress. FIG2016…so,sy & anak stay kat hotel. Kat sini apalagi….kami cuci baju kat washing machine hotel. 3 round jugalah….coz stok baju kotor dlm simpanan ada selama 5hari…sambil2 tu sembang2 dgn owner hotel…lady, umur 50tahun. After that masak tomyam ayam, grill kambing, sayur dll. Petang, semua dah siap, pakaian pun dah bersih…hati pun dah senang. Hubby balik waktu ptg, sempat gi jalan2 kat Christchurch Botanic Gardens & Canterbury Museum…bestnya.

Day 8




check-out hotel. Hari ni kami travel ke Tekapo Lake, Pukaki Lake,
Mount Cook. Lanskap kaw Tekapo Lake sedang dinaiktaraf. Pukaki Lake pula memang amazing….cantik. Then drive ke Mount Cook sehingga ke kawasan village dia. Ketika tu, berkabus dan hujan. So, glazier nampak sikit2 aje. Last, continue drive & check-in hotel at Twizel. Twizel ni kawasan dia tenang aje…macam Kg.Baru Kertih lah…..tp sejukkkk….

Day 9

check-out hotel. Hari kena drive lebih kurang 5 jam menuju Te Anau. Lalu sebelah Queenstown aje. Tapi takleh singgah Queenstown lagi…coz nak kejar tour Glow worm cave, kena standby jam 1.30pm kat Real Journey Visitor CentreTe Anau. Tiket dah booking semasa di Malaysia lagi. Total utk 3 org NZD180. Kalau nak tengok sejenis makhluk ciptaan Allah seperti cacing yg mengeluarkan cahaya biru di dalam gua…mcm bintang2 berkelipan…sinilah tempatnya. Syokkk….then naik cruise keliling tasik Te Anau. Tour ni lkurang 2jam. Then baru check-in hotel Te Anau Lakeview Kiwi…facing lakeview…awesome…
 








Day 10

Pagi-pagi lebih kurang 5.30am dah bangun. Sediakan makanan bekalan….nasi, masak sayur, telur sambal & sup ayam (ready made). Kat Milford Sound…no makanan halal. Coffee & hot Cholate adalah…kan lapar pulak nak tunggu sampai petang. Hari ini kami join tour JUICY Milford Sound Cruise. Tiket dah siap2 booking untuk 3 org melalui bookme. Kos NZD133. Kena check-in boarding pass from Jetty Milford Sound 11.15am. So, drive dari Te Anau lebih kurang 2jam lebih. Drive melalui terowong Holmes…hati-hati, surface jalannya basah & tidak rata. Nak masuk tunnel kena ikut turn…coz 1 way aje. Then, habis tunnel aje….view….Subhanallah….amazing. Ikut backpackers punya opinion…Wilford Sound ni lebih cantik daripada Switzerland. Mmmmm, my hubby pun pernah sampai ke Swiss (Interlaken & Jungfraujoch-Top of Europe). Sana memang cantik coz nampak glazier, mountain, lake & boleh main snow on top Europe, cuma takde Fiord…but here…awesome….complete, semua ada… Fiord, Mountain, Waterfall, Lake & glazier…mmg cantiklah….tempat yg mesti pergi kalau ke NZ. Habis trip, kami patah balik ke Te Anau…tidur 1 mlm lg kat sini. Esok pg check-out hotel.


Day 11

Drive to Queenstown. 2 jam aje… Final destination at South Island. Hotel mengadap Wakatipo Lake….awesome. Then, turun…pi shopping apa2 yg patut kat bandar dia…makanan halal pun ada. Jalan kaki aje dari hotel ke bandar….jalan ikut tepi tasik….huhuhu bestnya. Imagine jalan tepi tasik semasa sunset….sini tidur 1 malam.

Day 12

Check-out hotel…hari ni kena drop off kereta kat Queenstown Airport. Flight ke Auckland (NZ Air) check-in 10am. Sampai Auckland 1.00pm. Ambil kereta sewa utk 1 day. Just utk ke hotel & pergi makan aje…coz esok pagi nak balik KL & Kuantan…mlm packing brg2 untuk balik kampong….rindu kat anak2……..
SEMOGA SELAMAT MENUJU & SAMPAI KE DESTINI…..PENGALAMAN TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN WANG RINGGIT….TAPI WANG RINGGIT KENA CARI UNTUK MENDAPATKAN PENGALAMAN…..