Saya menulis perjalanan saya ke
New Zealand ini atas permintaan sahabat-sahabat saya yang mahu saya kongsikan
pengalaman saya ke New Zealand. Suami saya ada seminar selama 4 hari di New
Zealand dan dia meminta saya menemaninya bersama. Dia juga mencadangkan agar
saya membawa seorang anak. Mula-mula saya rasa sangat teruja tapi selepas itu
perasaan bercampur baur samada nak pergi atau tak nak sebabnya saya rasa risau
tinggalkan anak kecil saya. Kalau bawa pun bimbang juga sebabnya cuaca sejuk
dan saya risau anak saya jatuh sakit. Jadi saya ambik keputusan tinggalkan
aje diMalaysia. Serba salah. Tapi disebabkan tarikan New Zealand yang sangat kuat. Saya kuatkan semangat.
Suami saya telah mendapatkan maklumat sebanyak mungkin daripada sahabat-sahabatnya yang pernah ke sana serta usaha sendiri
tentang geografi New Zealand daripada internet dan penulisan daripada blogger
yang sedia ada. Oleh kerana suami saya adalah seorang Jurukur Tanah Bertauliah, maka beliau mempunyai
kelebihan untuk mendapatkan maklumat geografi serta kedudukan kawasan yang
hendak dilawati. Ianya tidak menjadi masalah besar baginya untuk memahami topografi
New Zealand.
Paling penting, sediakan jadual perjalanan dari awal sehingga akhir. Ada tarikh, aktiviti, no.rujukan, lokasi dan kos.
Kena siapkan sebelum travel. Baru perfect…dan tak buang masa serta terpinga-pinga sewaktu di sana. Sampai kat New Zealand kita hanya perlu ikut jadual perjalanan yang dirancang….juga kena ambil tahu
waktu solat untuk setiap kawasan yg kita duduki. Maklumlah waktu siang di New Zealand ketika kami pergi adalah pendek. Waktu maghrib masuk sekitar jam 5.30 pm. So…kita boleh rancang untuk solat jamak…. InsyaAllah semua berjalan lancar.
Berikut adalah jadual perjalanan yang telah kami susunkan beserta kos sekali

Day 1
Kami telah memulakan perjalanan/penerbangan
pertama kami dari rumah (6.00pm) ke Kuantan Airport (7.45pm) ke KLIA dengan
menaiki flight MAS. Kemudian dari KLIA (9.45pm) menaiki direct flight ke
Auckland. Kos agak mahal sedikit, tetapi tidak perlu transit, perjalanan hanya
mengambil masa sekitar 12 jam sahaja berbanding 20 jam sekiranya transit di
Australia.
Tiba di Auckland sekitar jam
1.00 pm. (Tip, seelok2nya tiba di negara asing….biarlah pd waktu siang). Perlu
diingat bahawa peraturan NZ agak ketat. Jika kita membawa sebarang makanan. Wajib kena
declare barang makanan yang dibawa coz akan melalui Bio-security check. Di samping
itu, anjing2 pengesannya akan sentiasa berkeliaran menghidu bagasi kita. So,
sebelum kantoi…baik declare dahulu, apa yang hendak dibawa…& apa yg dilarang.
Setiap makanan yg dibawa mesti dipacking & ada tertulis isi kandunganya. Kalau
tidak…terbang NZD400…hehe…
Nasib kami tak begitu baik. Penerbangan kami dari Kuantan ke Kuala Lumpur ditunda selama 40 minit(Delay). Disebabkan perkara ini bagasi kami tidak bersama-sama kami didalam peneerbangan Kuala Lumpur Ke Auckland. Sekiranya berlaku perkara begini. Jangan panic.buat report di bahagian ‘lost counter’. Berikan semua figure yang berkaitan. Kami diberi ganti rugi NZD270 (RM600)….hehehe, boleh beli brg2 keperluan utk 1 mlm…baru habis NZD130. Masih ada untung. Nasib baik kami ada letak pakaian extra dalam beg pack …Subuhnya jam 5am, diaorg hantar bagasi kami terus sampai kat depan pintu bilik hotel kami…awesome..
Semasa
tiba di Auckland Airport, kami sewa kereta SUV (Toyota Rav4). Husband prefer
kereta yg tinggi sikit…coz dah biasa. Anyway nak sewa jenis kereta ni…depend on
your bajetlah. Boleh je nak sewa kereta jenis apapun. Kami sewa guna egen Budgets
Car Rentals utk 4 hari termasuk insurans, gps dan lain-lain…habis gak dlm NZD590. Then, kena
booking online dlm internet. Jgn bimbang, mostly agents transportation, hotel
& tourist di New Zealand boleh dipercayai….so standby credit card aje…&
print hardcopy awal2 sebelum sampai NZ. Then pergi kat counter car rental, bagi
jelah kertas confirmation yg kita print tu.
Kami tidur di Auckland satu malam.
Day 3
MOUNT EDEN
MOUNT EDEN



NEW HOBBITON MOVIE SET


Day 4



LAKE OF ROTORUA


Then, kami pusing2 kat dlm kaw volcano tadi…tgk air menggeledak, lumpur, sulfur dan mcm2 lagilah. Pusing2 kat kawasan ni habis lkurang satu setengah jam juga. Tamat…patah balik ke Rotorua, pergi kat tepi Tasik Rotorua….lepak-lepak, tengok black swan yg jinak2…then balik hotel.
Day 5
9.00am Check-out hotel Rotorua. Hari ni kena drive utk jarak paling jauh. Drive ke Wellington lkurang 6jam (460km). Long distance ni… bawa kereta jangan lebih 100km …Singgah di Taupo Lake after 2.5hrs drive….rehat jap, ambik gambar dll. Continue drive…singgah rest area tepi highway. Makan bekalan yg dibawa, …bentang sejadah atas rumput….& solat. Air sembahyang….pakai air mineral.



Day 6
Pagi-pagi check-out hotel. Kami
drive ke Victoria Mount…boleh nampak Bandar Raya Wellington 360 darjah.
Cantik…then turun terus pergi ke parkarangan Museum Te papa Tongarewa. Sebelah
jetty kapal layar. Angin kat situ kuat…nasib baik anak saya tak terbang…Minum2,
lepak2, then terus ke Wellington Airport. Kena drop off kereta sewa kat situ.
Kami naik flight utk ke Christchurch. Naik New Zealand Air….dah booking masa
kat Msia lagi. Kos untuk 3 org NZD324.
Flight lkurang 1jam aje…then tiba di
Christchurch jam 2.30pm. Kat sini kami dah booking kereta sewa juga. Guna agent
EZI Car Rental. Ambil kereta SUV Hyundai. Kereta ni heavy sikit compare RAV4
masa kat North Island. But mmg pun pili hug mcm ni coz nak drive kat kaw
gunung…Mount Cook & Milford Sound. Kos kereta NZD620 untuk 6 hari. Kami
drop off kat
Airport Queenstown. Then, pick-up kereta… terus drive ke Masjid
Al-Noor. Sebelah Hagley Park…solat jamak dulu. Then, sembang dgn jemaah situ,
collect info sikit.…confirm Nando’s kat Jalan Ricarrton boleh makan….halal.
Dekat aje dgn masjid & hotel kami.

Makan kenyang2…then pi shopping…beli daging kambing, ayam dll utk dimasak kat hotel. (Tip, kami pilih semua hotel yg ada kitchen…boleh masak). Hari2, makan kebab….muaklah…



Makan kenyang2…then pi shopping…beli daging kambing, ayam dll utk dimasak kat hotel. (Tip, kami pilih semua hotel yg ada kitchen…boleh masak). Hari2, makan kebab….muaklah…
Day 7
My hubby ke Horncastle Arena…ada International
Surveyor
Congress. FIG2016…so,sy & anak stay kat hotel. Kat sini apalagi….kami cuci baju kat washing machine hotel. 3 round jugalah….coz stok baju kotor dlm simpanan ada selama 5hari…sambil2 tu sembang2 dgn owner hotel…lady, umur 50tahun. After that masak tomyam ayam, grill kambing, sayur dll. Petang, semua dah siap, pakaian pun dah bersih…hati pun dah senang. Hubby balik waktu ptg, sempat gi jalan2 kat Christchurch Botanic Gardens & Canterbury Museum…bestnya.
Congress. FIG2016…so,sy & anak stay kat hotel. Kat sini apalagi….kami cuci baju kat washing machine hotel. 3 round jugalah….coz stok baju kotor dlm simpanan ada selama 5hari…sambil2 tu sembang2 dgn owner hotel…lady, umur 50tahun. After that masak tomyam ayam, grill kambing, sayur dll. Petang, semua dah siap, pakaian pun dah bersih…hati pun dah senang. Hubby balik waktu ptg, sempat gi jalan2 kat Christchurch Botanic Gardens & Canterbury Museum…bestnya.
Day 8

check-out hotel. Hari ni kami travel ke Tekapo Lake, Pukaki Lake,

Day 9
check-out hotel. Hari kena drive
lebih kurang 5 jam menuju Te Anau. Lalu sebelah Queenstown aje. Tapi takleh
singgah Queenstown lagi…coz nak kejar tour Glow worm cave, kena standby jam
1.30pm kat Real Journey Visitor CentreTe Anau. Tiket dah booking semasa di Malaysia
lagi. Total utk 3 org NZD180. Kalau nak tengok sejenis makhluk ciptaan Allah
seperti cacing yg mengeluarkan cahaya biru di dalam gua…mcm bintang2
berkelipan…sinilah tempatnya. Syokkk….then naik cruise keliling tasik Te Anau.
Tour ni lkurang 2jam. Then baru check-in hotel Te Anau Lakeview Kiwi…facing
lakeview…awesome…

Day 10
Pagi-pagi lebih kurang 5.30am dah
bangun. Sediakan makanan bekalan….nasi, masak sayur, telur sambal & sup
ayam (ready made). Kat Milford Sound…no makanan halal. Coffee & hot Cholate
adalah…kan lapar pulak nak tunggu sampai petang. Hari ini kami join tour JUICY
Milford Sound Cruise. Tiket dah siap2 booking untuk 3 org melalui bookme. Kos
NZD133. Kena check-in boarding pass from Jetty Milford Sound 11.15am. So, drive
dari Te Anau lebih kurang 2jam lebih. Drive melalui terowong Holmes…hati-hati,
surface jalannya basah & tidak rata. Nak masuk tunnel kena ikut turn…coz 1
way aje. Then, habis tunnel aje….view….Subhanallah….amazing. Ikut backpackers
punya opinion…Wilford Sound ni lebih cantik daripada Switzerland. Mmmmm, my
hubby pun pernah sampai ke Swiss (Interlaken & Jungfraujoch-Top of Europe).
Sana memang cantik coz nampak glazier, mountain, lake & boleh main snow on
top Europe, cuma takde Fiord…but here…awesome….complete, semua ada… Fiord, Mountain,
Waterfall, Lake & glazier…mmg cantiklah….tempat yg mesti pergi kalau ke NZ.
Habis trip, kami patah balik ke Te Anau…tidur 1 mlm lg kat sini. Esok pg
check-out hotel.
Day 11
Drive to Queenstown. 2 jam aje…
Final destination at South Island. Hotel mengadap Wakatipo Lake….awesome. Then,
turun…pi shopping apa2 yg patut kat bandar dia…makanan halal pun ada. Jalan
kaki aje dari hotel ke bandar….jalan ikut tepi tasik….huhuhu bestnya. Imagine
jalan tepi tasik semasa sunset….sini tidur 1 malam.
Day 12
Check-out hotel…hari ni kena drop
off kereta kat Queenstown Airport. Flight ke Auckland (NZ Air) check-in 10am.
Sampai Auckland 1.00pm. Ambil kereta sewa utk 1 day. Just utk ke hotel & pergi
makan aje…coz esok pagi nak balik KL & Kuantan…mlm packing brg2 untuk balik
kampong….rindu kat anak2……..
SEMOGA SELAMAT MENUJU &
SAMPAI KE DESTINI…..PENGALAMAN TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN WANG RINGGIT….TAPI
WANG RINGGIT KENA CARI UNTUK MENDAPATKAN PENGALAMAN…..
salam. nak tanya tentang ur bajet on minyak petrol kereta?
ReplyDelete10k perhead tak termasuk minyak kereta.
Deleteas salam.. menarik article ni. saya pun tengah planning nak ke new zealand.. utk masak nasi, puan bawak rice cooker atau masak pakai periuk kat hotel? lagi satu soalan, utk glow worm cave tu, sesuai ke bawak anak berumur 2 dan 5 tahun? tq in advance ya.. :)
ReplyDeleteSaya masak nasi pakai pressure cooker.periuk dia saya gunalah untuk masak lauk.
DeleteMasa booked ticket ke gloworm caves ada dinyatakan terma dan syarat. Saya book online. Syarat-syaratnya ada tertulis.
Salam..saya nak tanya tentang macam mana nk tentukan arah kiblat kat sana? apps apa yg digunakan? cadang nak ke sana pertengahan tahun depan
ReplyDelete